Kenapa Susah Hantar Yahoo Mail ke Gmail

Selama ini saya hanya menggunakan satu e-mail iaitu menggunakan Yahoo Mail sahaja. Sebabnya, saya tak mahu menguruskan banyak e-mail. Jika ada lebih daripada satu e-mail, e-mail ini kena buka, e-mail itu kena buka.

Tapi, dengan hanya menggunakan Yahoo Mail, saya menghantar e-mail kepada pengguna Gmail. Selalu sangat e-mail yang dihantar tidak diterima oleh orang tersebut. Ini akan mendatangkan masalah antaranya pengguna e-mail tersebut adalah pelanggan. Ini boleh menyebabkan kehilangan pelanggan.

Saya nak hantar file attachment dari Yahoo Mail ke Gmail pun, e-mail tersebut tidak sampai kepada orang tersebut. Apa masalah yang terjadi? Adakah Google anti Yahoo, Gmail tidak menerima Yahoo Mail?

Jadi, jalan penyelesaian, saya perlu juga membuka akaun Gmail. Ada tak sesiapa yang menghadapi masalah sama dengan Yahoo Mail ini?

2 thoughts on “Kenapa Susah Hantar Yahoo Mail ke Gmail

  1. tukang email

    salam,
    guna gmail la bagus..
    sngat mudah… saya ade gmail, yahoo, hotmail
    tp saya boleh control ke tiga2 boleh saya access hanya guna gmail.

    dier sngat laju.. dan kurang SPAM.

    [Reply]

    Shahrul Reply:

    ws, thanks. Saya baru belajar guna gmail, hehe

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 10 + 9 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)