Cara Beli Domain Dan Hosting (Bahagian 1)

Langkah pertama untuk anda memiliki website atau blog sendiri menggunakan nama .com adalah membeli domain dan hosting. Domain adalah nama link blog seperti .com, .net, .biz dan sebagainya. Hosting pula adalah tempat di mana fail-fail blog anda di simpan.

Domain dan hosting boleh di beli di syarikat hosting hanya melalui online. Contoh, saya tunjukkan langkah-langkah membeli domain dan hosting di jomhosting.net, antara penyedia hosting yang murah di Malaysia. Pertama sekali, anda layari website tersebut di www.jomhosting.net.

Anda lihat pakej hosting yang terdapat di jomhosting. Ini adalah pakej yang tersedia ketika artikel ini di tulis.

Kemudian anda pilih pakej hosting yang paling murah iaitu Mini 100MB. Anda akan memperolehi 100MB kapasiti storan, 5GB bandwidth sebulan dan boleh menempatkan sehingga 5 domain di dalam hosting anda.

Kapasiti storan adalah kapasiti untuk menempatkan file-file blog anda nanti. Bandwidth adalah kapasiti file-file yang boleh di layari setiap bulan. Park domain adalah bilangan domain yang boleh anda tempatkan di dalam hosting ini nanti.

Setelah anda memilih pakej hosting, klik “Order Now!” dan anda akan lihat paparan seperti di bawah.

Terdapat pilihan samaada anda mahu mendaftar nama domain baru atau anda telah memiliki domain dan ingin memindahkan domain ke jomhosting.net.

Sekiranya anda belum memiliki domain, anda perlu mendaftar untuk domain baru. Anda masukkan nama pilihan domain contoh nama-anda.com. Nama domain tertakluk kepada pemilikan oleh orang lain. Sekiranya nama domain tersebut telah dimiliki oleh orang lain, anda tidak lagi boleh memiliki nama domain tersebut.

Contohnya, saya telah memiliki domain shahrulnizam.com, shahrulnizam.biz, shahrulnizam.net dan shahrulnizam.org. Bagi mereka yang mempunyai nama yang sama dengan saya, mereka sudah tidak boleh memiliki nama domain terbabit melainkan saya menjualkannya.

Anda akan melihat samaada domain pilihan anda boleh di gunakan ataupun tidak. Setelah domain pilihan anda berstatus ‘available’, anda boleh tick domain tersebut dan klikĀ  “Click to Continue”.

Bersambung ke bahagian 2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 7 + 10 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)