Malam Pertama Bersama Foot Detox

Kenal tak gambar di bawah? Gambar tu adalah Foot Detox. Foot detox ini ditampal pada kaki ketika tidur. Kali pertama guna foot detox, mestilah ketika tidur waktu malam, sebab itulah pengalaman malam pertama bersama foot detox ni.

Rasa dah lama dengar pasal benda tampal kat kaki ni. Tu yang saja-saja cuba ni.  Foot detox ni untuk membuang toksin didalam badan. Rupanya foot detox ni ada dua bahagian, bahagian pad yang berherba dan bahagian pelekatnya. Foot detox ni memang berherba la, sebab bila buka je dah ada berbau herba yang kuat.

Apa kandungan dalam foot detox ni? Hasil carian kat internet, foot detox mengandungi wood vinegar extract, bamboo vinegar extract, chitosan, vitamin C, tourmaline dan cornstarch. Entah apa benda semua tu, aku pun tak tahu. Vitamin C biasa la dengar, tourmaline macam nama Tourmaline Flash ni je. Tourmaline tu sejenis batu.

Cara nak pakai, nah tampal je kat kaki macam gambar kat atas tu. Foot detox dipakai selama 4-8 jam. Ketika awal-awal memakai foot detox, kaki akan berasa sedikit panas. Lepas tu, tidur je lah dengan nyenyaknya. Ada orang, mungkin rasa tak selesa melekatkan foot detox ni kat kaki.

Apabila bangun tidur, ada rasa segar ke? Entah, rasa sama je. Kalau malas bangun tu, malas la juga, hehe. Hasilnya, apabila buka foot detox ni telah menjadi hitam dan sedikit berminyak. Gambar foot detox yang hitam, tak nak la tunjuk. Buat apa tunjuk gambar yang kotor, nanti ada yang tak lalu nak tengok pula. Tapi, foot detox pada kaki kiri lebih hitam daripada foot detox pada kaki kanan. Apa tandanya, aku pun tak tahu.

Sesiapa yang mahu membeli foot detox ini, boleh klik disini.

4 thoughts on “Malam Pertama Bersama Foot Detox

  1. xmiec

    wahhhh… experiment kn diri dgn produk herbal nampak. berhati-hati yoep, ada cop halal x?

    [Reply]

    Shahrul Reply:

    X pe, cuba benda yang tak memudaratkan pun. Bukan memudaratkan macam rokok pun.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 2 + 2 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)