Ganti Auto Lock Wira

Pada 6 Disember 2010, saya menggantikan auto lock pintu kereta Wira. Auto lock rosak kerana apabila tekan alarm dengan remote, ada lock yang tak turun. Nak buka pun sama, ada lock yang tak naik. Pergi ke bengkel, actuator nya dah tak elok iaitu motor nya tak berfungsi dengan baik, tak tahulah actuator tersebut sama ada DC Motor atau Servo Motor.

Actuator untuk pintu depan dan pintu belakang berbeza. Gantikan auto lock untuk keempat-empat pintu. Harga setiap auto lock ini adalah RM55.

Actuator auto lock Wira untuk pintu depan dan belakang

Selain tukar auto lock, tukar juga minyak hitam. Kemudian bayaran dibuat dengan Maybank Visa Debit, mudah sebab malas nak cucuk duit dan bawa cash.

2 thoughts on “Ganti Auto Lock Wira

  1. mnazir

    motor jenis DC 12V selalu utk keta dan 24V DC utk lori…bleh tukaq actuator dgn suis biasa, tukar sendiri murah sket kos…hehehhehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *