Membeli-belah dengan Handphone

Handphone sangat penting bagi kita semuakan. Bagaimana pula jika kita gunakan handphone untuk membeli belah? Konsep ini telah dipraktikkan di Negara Jepun. Anda boleh tengok dulu video berkaitan.

<a href="http://www.linkedtube.com/_fKgNkYLZTs896879a4cb36b3efe0bd29f9aacd094b.htm">LinkedTube</a>

Begitulah konsep pembayaran elektronik yang digunakan oleh Jepun. Inilah teknologi yang giler canggih, semua pembayaran dilakukan hanya dengan handphone. Tetapi adakah benar rakyat Jepun tidak perlu membawa dompet? Bagaimana mereka membawa Identity Card pula? Jika Malaysia ingin menggunakan teknologi seperti itu, adakah sesuai? Antara persoalan yang timbul adalah:-

1. Bagaimana jika kita memiliki dua buah handphone. Kedua-duanya perlu ada e-wallet.

2. Bagaimana jika kita menukar handphone dengan rakan kita. Kita perlu juga menukar e-wallet tersebut.

3. Bagaimana jika kita kehilangan handphone. Kita juga turut kehilangan e-wallet kita.

Bagi saya, Malaysia tidak ketinggalan dalam teknologi sebegitu. Malaysia memiliki teknologi MyKad yang mempunyai pelbagai aplikasi. Saya rasa Malaysia mempunyai kelebihan untuk memajukan aplikasi e-wallet dalam MyKad tersebut. Wow, mesti seronok ni. Akan datang, kita boleh membeli belah dengan hanya sekeping MyKad. Saya tertunggu-tunggu bilakah Malaysia akan merealisasikan konsep sebegitu. Bagaimana dengan anda? Adakah anda setuju dengan aplikasi tersebut? Post akan datang, saya akan perincikan lagi aplikasi MyKad ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 2 + 10 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)