Pengertian Zakat Fitrah

Ketika ini bulan Ramadan. Selain orang bercakap mengenai berpuasa dan solat Tarawih, tidak lupa juga kewajipan Zakat Fitrah. Pengertian zakat Fitrah adalah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  1. WAKTU WAJIB – Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. WAKTU YANG PALING AFDHAL – Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. WAKTU SUNAT – Sepanjang bulan Ramadhan
  4. WAKTU MAKRUH – Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  5. WAKTU HARAM – Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Sumber rujukan: Lembaga Zakat Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 15 + 13 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)