Program Sehelai Baju

Saya mengetahui tentang program Sehelai Baju ini ketika menghadiri WangCyber Gathering 2011 pada 23 Julai 2011 yang lepas.  Seorang ahli program ini, iaitu Mohd Rozmie ataupun JimieRay yang membentangkannya.

Program ini dinamakan Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata. Ianya bertujuan untuk mengumpulkan baju-baju raya untuk diberikan kepada anak-anak yatim di seluruh negara. Pada awal program ini iaitu Aidilfitri tahun 2010, mereka mengumpulkan baju melayu dan baju kurung di kalangan rakan-rakan facebook dan berjaya mengumpul 3000 pasang baju untuk diagihkan kepada anak-anak yatim.

Pada menjelang Aidilfitri tahun ini, mereka mewar-warkan melalui rangkaian sosial facebook, twitter, blog dan laman web rasmi untuk sesiapa membeli sepasang baju melayu ataupun baju kurung dan menghantar melalui pos kepada penganjur program ini.

Syarat-syaratnya, anda membeli sepasang baju baru dan tidak menghantar baju terpakai. Ini kerana mereka tidak mahu mengecewakan anak-anak yatim untuk sesetengahnya menerima baju baru dan sesetengahnya menerima baju terpakai. Anak-anak yatim ini juga mempunyai keinginan untuk menerima baju raya yang ada ‘bau kedai’ berbanding ‘bau laundry’.

Team Sehelai Baju juga tidak menerima wang tunai kerana tidak ingin mengambil keuntungan. Semua baju-baju yang anda mahu berikan mestilah sampai sebelum 25 Ogos 2011 kerana mereka ingin segera mengedarkan kepada rumah-rumah anak yatim. Senarai rumah anak yatim, anda boleh layari di sehelaibaju.com.

Alamat tempat penghantaran di Seksyen 7, Shah Alam. Tak jauh pun dengan tempat tinggal saya, hari ini baru saja menghantar sepasang baju melayu dan baju kurung saiz kanak-kanak ke alamat tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 4 + 9 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)