Setting Blog Anda (Bahagian 2)

Anda sudah lihat bahagian setting. Terdapat lapan perkara di bahagian setting iaitu General, Writing, Reading, Discussion, Media, Privacy, Permalinks dan Miscellaneous.

Pada bahagian-bahagian lain tiada perubahan besar yang dilakukan. Hanya di bahagian permalinks dan miscellaneous.

Bahagian Permalinks adalah seperti di bawah.

Pada setting asal adalah default. Ini adalah untuk setting bagaimana link post anda nanti. Link yang terbaik adalah menggunakan /%postname%/ berbanding menggunakan nombor.

Contoh bezakan link-link di bawah

  • http://shahrulnizam.net/?p=123
  • http://shahrulnizam.net/2010/05/paparan-pertama-blog/
  • http://shahrulnizam.net/paparan-pertama-blog/

Link yang terbaik adalah mempunyai tajuk post. Saya juga tidak mahu memaparkan tarikh dalam link, oleh itu jenis link yang ketiga menjadi pilihan.

Bahagian Miscellaneous adalah seperti di bawah

Nama folder file adalah sangat tidak menarik. Anda boleh tukarkan folder berkenaan dengan nama lain seperti picture.

Saya juga tidak mahu link gambar upload yang panjang dan tidak mahu mempunyai tarikh, jadi saya untick “Organize my uploads into month- and year-based folders”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 5 + 14 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)