Perbuatan Anda Mungkin Sedang Di Rakam, Spy Pen

It’s a pen? No, It’s a camcorder. Begitulah gambarannya bagi gajet ini. Rekabentuk gajet ini seperti sebatang pen tetapi mampu untuk merakam video. Ya, begitulah giler canggih bagi gajet ini. Gajet ini di inovasi dari Negara China.

Gajet ini hanya seberat 30g dengan berdimensi 150mm x 15mm x 15mm. Walaupun bersaiz kecil, ia dilengkapi kamera, microphone dan USB port. Saiz gajet ini sememangnya bersaiz sebatang pen dan anda masih boleh menggunakan gajet ini untuk menulis. Jadi berbaloilah memiliki Spy Pen kerana sememangnya ia menyerupai sebatang pen.

Spy Pen mudah di bawa kemana-mana dan boleh digunakan untuk kerja-kerja spy. Jaga-jaga kerja spy ni, jangan digunakan untuk merakam perkara yang tidak baik pula. Anda boleh juga gunakan untuk merakam video dan audio ketika anda menghadiri kuliah, taklimat, ceramah atau meeting. Apabila anda merakam, Spy Pen akan terus merakam sehingga anda mematikannya atau sehingga kapasitinya penuh atau sehingga Spy Pen kehabisan bateri. Sila pilih yang mana satu pilihan anda untuk mematikannya.

Gajet ini mempunyai beberapa kapasiti iaitu 2GB, 4GB atau 8GB. Seperti gambar di atas, Spy Pen yang serba hitam itu berkapasiti 4GB manakala yang satu lagi adalah berkapasiti 2GB. Kameranya adalah 2 megapixel. Kualiti video rakamannya baik dan audionya juga baik. Rakamannya terus ditukarkan kepada format AVI. Bagi Spy Pen 2GB, saiz videonya adalah 352 x 288 manakala bagi Spy Pen 4GB dan Spy Pen 8GB, saiz videonya adalah 640 x 480. Saiz videonya adalah lebih kurang 500Kb/min.

Cara menggunakannya amat mudah sekali. Untuk mengecas Spy Pen, anda perlu menyambungkan kepada USB port computer atau laptop anda. Terdapat juga pilihan menggunakan AC adapter yang berfungsi menyalurkan voltan menyamai USB port. Spy Pen juga boleh berfungsi sebagai pendrive. Mengecas Spy Pen mengambil masa kira-kira 2 jam dan jangka baterinya juga kira-kira 2 jam.

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui komponen dalamannya, saya telah membuka Spy Pen ini. Biasalah kan, orang elektrik. Tak puas nak tengok luaran saja. Nak tengok dalaman sekali. Lagipun gajet ini murah sahaja. Rupa dalamannya adalah seperti di bawah. Sememangnya gajet ini terdiri daripada microphone dan kamera yang kecil. Ia juga dilengkapi dengan bateri. Malah keseluruhan komponennya adalah menggunakan SMD (Surface Mount Device) komponen.

Spy Pen Ada Jual Di Sini

One thought on “Perbuatan Anda Mungkin Sedang Di Rakam, Spy Pen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 8 + 15 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)