Tekanan Darah Rendah

Baru-baru ini saya mengalami pening kepala yang sangat panjang. Pening kepala berterusan lebih daripada satu hari. Apabila check di kliknik, saya mengalami tekanan darah rendah. Nasib baik tidak pitam.

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia. Tekanan darah mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg.

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa seseorang rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan darah rendah atau Hipotensi adalah suatu keadaan dimana tekanan darah lebih rendah dari 90/60 mmHg atau tekanan darah cukup rendah sehingga menyebabkan gejala-gejala seperti pening dan pitam.

Punca tekanan darah rendah adalah seperti berdiri terlalu lama, belum sarapan pagi ataupun kurang tidur. Perkara ini mengebabkan darah kurang sampai ke kepala dan boleh menyebabkan jatuh pingsan.

Ada juga orang yang berterusan mengalami tekanan darah rendah. Jika mengalami hipotensi, perlu melakukan perkara-perkara berikut:

  • Bangun dari duduk atau baring secara perlahan.
  • Jangan berdiri terlalu lama.
  • Jangan terlalu lama berada dibawah sinaran matahari.
  • Makan makanan karbohidrat rendah.
  • Banyak minum air putih.
  • Jika perlu, tambahkan sedikit pengambilan garam.
  • Melakukan aktiviti senaman secara teratur.

Makanan yang rendah karbohidrat adalah seperti:

  • Ikan
  • Kerang
  • Kacang buncis
  • Bayam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 5 + 5 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)