Tips Carian Google

Kita sekarang biasa guna internet, mesti akan mencari sesuatu ataupun search menggunakan Google. Tapi, kalau kita search menggunakan google, terlalu banyak website-website yang akan keluar. Di sini saya nak berkongsi serba sedikit tips nak memudahkan pencarian.

  • Nak cari sesuatu website

Contohnya kita nak mencari lagu-lagu yang boleh download. Jika taipkan nama lagu ataupun nama kumpulan sahaja, berbagai-bagai website yang akan keluar. Kita boleh cari dalam specifik website dengan menambah keyword site. Misalnya nak cari lagu-lagu Kumpulan Amuk dalam website mediafire.com, boleh taipkan Amuk site:mediafire.com. Anda boleh cuba mencari dalam website-website lain seperti rapidshare.com, 4shared.com, ziddu.com dan sebagainya.

  • Nak cari sesuatu file

Sekiranya kita nak mencari specific file sahaja seperti nak cari file berbentuk pdf sahaja. Kita boleh menambah keyword filetype. Misalnya nak cari ebook-ebook perniagaan internet, boleh taipkan perniagaan internet filetype:pdf. Anda boleh cuba mencari file-file lain seperti doc, docx, ppt, pptx, xls, xlsx dan sebagainya.

  • Nak cari perkataan tepat

Sekiranya kita nak mencari perkara yang tepat seperti nak mencari benda-benda percuma. Kita boleh menggunakan double quotes. Misalnya nak cari ebook percuma, boleh taipkan ebook “percuma”.

  • Nak cari site yang mengandungi perkataan

Sekiranya nak cari website yang ada menyebut tentang sesuatu perkataan. Kita boleh menambahkan sign +. Misalnya nak cari kesihatan berkaitan perut, boleh taipkan kesihatan +perut.

  • Nak cari site yang tidak mengandungi perkataan

Sekiranya nak menapis website yang mengandungi perkataan tidak diingini. Kita boleh menambahkan sign -. Misalnya nak cari kesihatan tetapi tidak berkaitan seks, boleh taipkan kesihatan -seks.

  • Nak cari gambar

Sekiranya nak mencari gambar, terus saja cari kat Google Images. Misalnya nak cari gambar-gambar robot.

Itu saja tips-tips dari saya. Kalau anda tahu tips-tips lain, boleh tambahkan di bahagian komen.

One thought on “Tips Carian Google

  1. xmiec

    nice teknik yg dah lama hku x praktikkan, dulu time giat menyelongkar google mmg basic words nie laa utk searching kt google.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 4 + 10 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)