Tonton Wayang Aku Tak Bodoh

Hari ini tonton wayang cerita Aku Tak Bodoh. Dalam cerita ni ada Jefri dan abangnya Roy. Keluarga mereka mewah, tetapi ibu bapa mereka sangat sibuk. Ibu bapa mereka selalu menyalahkan setiap tindakan Jefri dan Roy sehingga tidak memandang terhadap kebolehan Jefri dan Roy.

Pada awal cerita ni ada lawak, kemudian ada sedih, aku juga mengalirkan air mata. Part lawaknya, Jefri yang budak kecil, memegang tangan rakan perempuan dalam pementasan drama sekolah. Kemudian, rakan-rakannya mengatakan budak perempuan itu akan mengandung. Mereka risau dan mengambil tindakan sendiri.

Babak polis ni pun lawak juga

Aktiviti Roy yang berblogging juga tidak dilihat sebagai kebolehan oleh ibu bapa nya malah menyalahkan segala tindak tanduk Roy. Roy tertekan sehingga berkawan dengan budak-budak nakal. Tonton video trailer Aku Tak Bodoh di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

What is 11 + 8 ?
Please leave these two fields as-is:
IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-)